Custom Search

Coretan Pengarah Teater Bukan Dejavu

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA. SEBENARNYA BUKAN DEJAVU DIBAWAKAN KHAS UNTUK KITA SEMUA DENGAN CERITA DAN HAL YANG BERJIWA DENGAN KITA. MEMANG BUKAN MUDAH UNTUK MELIHAT SEBUAN NASKHAH BESAR YANG BERAT PERSOALANNYA DENGAN CARA `SIMPLE' TETAPI...PASTI ADA CARANYA. ITU CARA SAYA, DAN DIBANTU OLEH BUDAK-BUDAK NAKAL DALAM PRODUKSI BUKAN DEJAVU TU. MAKANYA, TERIMA KASIH SEMUA.

- sitirohayahattan-

Dapatkan Tiket Bukan Dejavu di www.Ticket2u.Biz atau di kaunter-kaunter blockbuster ticket2u.

Dapatkan Tiket Bukan Dejavu di www.Ticket2u.Biz atau di kaunter-kaunter blockbuster ticket2u.
www.ticket2u.biz

Kaunter-kaunter Ticket2U

  • Wangsa Melawati Ticket2U Call Centre: 03-4149 8600
  • Istana Budaya, Jln Tun Razak: 03-4026 5558
  • KL Sentral, Travel Mart: Departure Hall
  • KL Sentral, Holiday Tours: Arrival Hall
  • KLCC, Triways Travel&Tours, 4th Level left wing
  • IKEA, Damansara: Reliance
  • One Utama: Asia Travel Mart
  • Desa Sri Hartamas: Triways Omega Travel & Tours, 2nd Floor Unit 42
  • TTDI, Jln Tun Mohd Fuad: Triways Travel & Tours
  • Mid Valley : Ticket charge

July 11, 2008

Pengumuman

Sidang Media Bukan Dejavu
Tarikh: 12th June 2008
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Media, Istana Budaya.

July 1, 2008

Akan Datang: Teater Bukan Dejavu


DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)
Malaysia

Mempersembahkan
TEATER PERDANA

PEMENANG PERTAMA SAYEMBARA MENGARANG (DRAMA) SEMPENA 50 TAHUN MERDEKA




KARYA ISMAIL KASSAN PENGARAH SITI ROHAYAH ATTAN
PELAKON JUHARA AYOB NORISH KARMAN SAFURA YAACOB JALALUDDIN HASSAN SHUKOR YON ARBAIYAH NADZRI RASDI DAUD YUSSAK KASSAN EYZENDY AZIZ MARDIANA ALWI ARIS OTHMAN SITI ASMIERA ZULAIQHA HASMURI HUSSIN HASSIM MAZIAH ABDULLAH THANY
BOX OFFICE: 03-4026 5558
Tiket: RM 20 (untuk Warga Emas dan Pelajar)
RM 30 / RM 50
03-6186 6592 / 014-608 3836

9 - 13 Julai 2008
Auditorium DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur
8.30 malam



Anjuran:

Kumpulan Teater Badan Budaya DBP
Kerjasama:

June 30, 2008

Sidang Media Bukan Dejavu

Para pelakon Bukan Dejavu

Sidang Media Bukan Dejavu


Terima kasih kepada semua yang hadir ke sidang media Bukan Dejavu

Teater Bukan Dejavu di Media


Artikel: Cabaran Bukan Dejavu
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Hip/20080704080910/Article




Artikel: Dejavu Norish, Juhara
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm




Artikel: Bukan Dejavu Memberi Kesan Mendalam
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Rap/20080605112014/Article/index_html

Artikel: Bukan Dejavu Meruntun Jiwa

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Rap/20080617083247/Article/index_html

Artikel: Juhara Beri Nyawa Teater Bukan Dejavu
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Saturday/Rap/20080712150735/Article/index_html



Artikel: Norish Menyusuri Bukan Dejavu
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_09.htm

Artikel: Bukan Dejavu Dipentaskan Sempena Sambutan ke-52 DBP
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_03.htm



Minaq Jinggo's
Thursday, 12-Jun-2008 15:00
Sidang Media Pelancaran Teater Bukan Dejavu


http://minaq-jinggo.fotopages.com/?entry=1577335



Budiey's
http://www.budiey.com/sinopsis-teater-bukan-dejavu/

http://www.budiey.com/sekitar-sidang-media-teater-bukan-dejavu-di-istana-budaya/




http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_7c6cd4f3-c0a85062-107f8ba0-8b7a62fb

June 29, 2008

Sejarah Teater Bukan Dejavu


NASKHAH Dejavu karya Ismail Kassan pernah dipentaskan sebanya tiga kali termasuk di Istana Budaya oleh Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) dengan menggunakkan khidmat pengarah yang sama iaitu Siti Rohayah Attan yang juga Presiden PPWM.

Kali pertama karya ini dipentaskan dengan menggunakan judul Dejavu Seorang Perempuan pada 23 hingga 30 Oktober 1999 di Auditorium Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MTC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Antara pelakon yang mengambil bahagian ialah Erma Fatima, Aida Aris, Aida Rahim, Norzizi Zulkifli, Shukor Yon dan M. Redzuan Deen. Antara tetamu kehormat yang datang menyaksikan pementasan tersebut termasuklah Isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmood dan Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Kali kedua karya ini dipentaskan pada 24 hingga 29 Januari 2004 di tempat yang sama serta ditaja oleh Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat yang mana menterinya, Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman turut menyaksikan pementasan tersebut pada 28 Januari. Antara pelakon yang terlibat ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud, Juhara Ayob, Melissa Saila, Norzizi Zulkifli, Mubarak Majid, Shukor Yon dan Sahronizam Noor. Ternyata pementasan

Tindak balas yang diterima daripada khalayak amat membanggakan sehingga ramai yang meminta supaya ia dipentaskan semula. Menurut mereka, Dejavu bukan saja menghiburkan sebagai semua teater yang bersifat semi-humor, namun pengajaran yang diperolehi amat memberi kesan kepada mereka. In diakui melalui watak Narti dan Yanto iaitu pendatang Indonesia yang merindui kampung halaman mereka meskipun telah 10 tahun merantau di Malaysia. Bagi mereka, biar apa pun kemiskinan yang mereka hadapi, biarkan di negara sendiri. Begitu juga beberapa insiden semasa yang diselitkan secara tidak langsung melalui watak-watak seperti kes rogol, rompakan dan GRO.

Maka terpentaskan teater Dejavu di tempat yang lebih besar lagi iaitu di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 10 hingga 18 September 2004. Pelakonnya ialah Fauziah Ahmad Daud, Safura Yaacob, Serina Reszuan, Rozie Rashid, Shukor Yon, Zuhairi Ibrahim, Juhara Ayob, Yussak Kassan dan ramai lagi. Liputan serta ulasan yang diterima daripada media juga memperlihatkan teater ini mampu mendapat ruang yang besar di akhbar dan televisyen. Malah, mengagumkan kerana terdapat banyak website yang membuat ulasan serta memuji langkah PPWM mementaskan naskhah yang disifatkan mengesankan ini.







TEATER Bukan Dejavu merupakan sebuah sekuel daripada teater Dejavu karya Ismail Kassan. Teater Dejavu telah dipentaskan sebanyak tiga kali iaitu;

Pertama:


TARIKH: 23 -30 Oktober 1999
MASA: 8.30 malam
TEMPAT: Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
ANJURAN: Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM),
SKRIP: Ismail Kassan
PENGARAH: Siti Rohayah Attan
PELAKON: Erma Fatima, Shukor Yon, Aida Aris, Aida Rahim, Norzizi Zulkifli, M. Ridzuan Deen, Yussak Kassan, Shahronizam Noor, Md. Hussin Hassim dan Badan Teater dan Kesenian Wilayah Persekutuan (BATEK)

PENAUNG KEHORMAT: Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood
PENAUNG: Datuk Seri Syed Hamid Albar (Menter Luar)


Kedua:
TARIKH: 24 – 29 Januari 2004
MASA : 8.30 malam
TEMPAT: Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
ANJURAN: Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM)
TAJAAN: Kementerian Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat
SKRIP: Ismail Kassan
PENGARAH: Siti Rohayah Attan
PELAKON: Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Juhara Ayob, Norzizi Zulkifli, Sgukor Yon, Melissa Saila, Mubarak Majid, Shahronizam Noor, Yussak Kassan, Mohamad Shoffi Jikan, Jalaludin Ismail, Rosli Wahab, Khairi Johary Mustapha Al-Bakri, Abdul Halil Aziz, Mohd. Zaidi Zaini, Rosman Ishak dan Ahmad Faizal Zulkipli.
PENAUNG KEHORMAT: Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood
PENAUNG: Datuk Seri Dr. Siti Zaharah Sulaiman (Menteri Perpaduan Negara & Pembangunan Masyarakat)



Ketiga:
TARIKH: 10-19 September 2004
MASA: 8.30 malam
TEMPAT: Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur
ANJURAN: Persatuan Penulis Wanita Malaysia
KERJASAMA: Istana Budaya
SKRIP: Ismail Kassan
PENGARAH: Siti Rohayah Attan
PELAKON: Fauziah Dato’ Ahmad Daud, Rozie Rashid, Safura Ya’cob, Juhara Ayob, Zuhairi Ibrahim, Shukor Yon, Serina Redzuawan, Yussak Kassan, Megat Sharizal Mohd. Yusoff, Md. Hussin Hassim, Mohamad Shoffi Jikan, Jalaludin Ismail, Rosli Wahab, Khairi Johary Mustapha Al-Bakri, Abdul Halil Aziz, Mohd. Zaidi Zaini, Rosman Ishak, Ahmad Faizal Zulkipli & Mohd. Roslee Ahmad.
PENAUNG KEHORMAT: Allahyarhamah Datin Paduka Seri Endon Mahmood
PENAUNG: Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan)




June 28, 2008

Pengarah Teater: Siti Rohayah Attan

GRADUAN Universiti Sains Malaysia (USM) ini pernah bertugas sebaai Editor di akhbar Utusan Malaysia, kemudian meletakkan jawatan 11 Januari 2004 setelah 10 tahun berkhidmat di akhbar tersebut. Beliau pernah mengarah teater karyanya sendiri seperti Mencari Juita (1998), Akulah Perempuan Itu (1998) dan Bulan Menangis (2003). Diberi kepercayaan oleh Sasterawan Negara Datuk Noordin Hassan mengarah Pelayaran Nur Atma (1999). Kemudian mengarah Dejavu Seorang Perempuan karya Ismail Kassan pada 1999. Teater ini dipentaskan sebanyak tiga kali iaitu pada 1999 kemudian Januari 2004 ditukar menjadi Dejavu. Teater yang sama dipentaskan di Istana Budaya pada September 2004 di bawah arahannya. Beliau juga mengarah teater Nyonya karya penulis Indonesia, Wisran Hadi pada 2004 di Kuala Lumpur dan Seremban.
Di samping itu beliau banyak mengarah persembahan pentas seperti Malam Puisi Utusan antaranya disertai oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (1996) yang membacakan puisi Perjuangan Yang Belum Selesai. Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga turut mengambil bahagian pembacaan puisi arahannya pada Mei 2003.
Beliau bertindak sebagai Penerbit dan Pengurus Produksi bagi pementasan teater Nyonya (di Kedah, 2007 dan Istana Budaya, 2008), Muzikal Lantai T.Pinkie (di Istana Budaya & Perak tahun 2006), Anugerah (2002/1996), Lantai T.Pinkie (2000/1997/1996), Kereta Kencana (pementasan khas kumpulan Rendra yang dibawa khas dari Indonesia -1998), Taman Baginda (1998) dan Assyura (1997).
Anak kelahiran Melaka ini juga banyak menimba pengalaman dalam bidang teater di peringkat antarabangsa. Pernah mewakili Malaysia dalam Bengkel Penulisan Drama Majlis Sastera Asia Tengara di Bogor, Indonesia (tahun 2000/2001), Festival Teater ASEAN di Brunei (1994) dan mengadakan lawatan serta menyertai seminar di Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, China, Australia, Thailand, Singapura, Perancis dan Filipina.
Berpaksikan konsep feminisme beliau turut menghasilkan novel seperti Cinderella, Romoe & Juliet, Meniti Ranjau Kasih, Trilogi Wajah Wanita, Di Sini Luruhnya Musim Kasih, Primadona Minden, Kasih dan Airmata, She’s Is Johana dan banyak lagi. Terlibat juga dalam penulisan drama televisyen seperti Mencari Al-Zahra, Hujan Di Hati Kamariah, Mama Rock Skuter Merah dan lain-lain.

June 27, 2008

Penulis skrip: Ismail Kassan



BELIAU adalah penceramah bebas dan juga penulis skrip teater tanah air. Berkelulusan dalam Bidang Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau kini bertugas sebagai Pengurus Bahagian Perhubungan Kakitangan serta Kaunselor dan Pakar Motivasi di Syarikat PERODUA Sdn. Bhd., sejak 1995.

Perkhidmatan beliau bermula di FELDA pada 1978 dan bersara pilihan daripada FELDA pada 1995 . Jawatan terakhir beliau di FELDA ialah sebagai Pengurus dan Ahli Exco Perbadanan Niaga FELDA.
Penglibatan beliau sebagai penulis skrip teater dan pengarah bermula sejak 1972 dengan terhasilnya skrip pertama berjudul Fajar Merah di Teluk Ketapang yang dipentaskan di Johor Bahru pada tahun yang sama. Sejak itu lebih 10 pementasan teater telah diarahkan di samping 15 skrip teater yang dihasilkan antaranya Syajar (1976), Pelayaran Inderaputra II (1979), Sabda Sang Pendeta (1980), Dejavu Seorang Perempuan (1999), Qanatir (1999), Kilung Musung (2000) dan banyak lagi.

Beberapa karya beliau juga telah memenangi hadiah dan anugerah diperingkat kebangsaan antaranya Pelayaran Inderaputera 2 (Tempat Pertama), Menanti Puteri Hijau (Tempat Pertama), Istiqamah (Tempat Pertama), Gelanggang Tok Wali (Tempat Kedua) dan banyak lagi.

Dalam bidang penulisan, Ismail juga menghasilkan cerpen, skrip drama radio dan TV, malah turut menghasilkan novel. Novel pertama beliau berjudul Restu telah memenangi Tempat Kedua Sayembara Menulis Novel Anjuran GAPENA - Kumpulan Perangsang 1997. Novel tersebut kemudian terpilih sebagai Buku teks Sastera untuk Tingkatan 4 & 5 mulai tahun 2001.
Selain menulis beliau juga mengendalikan kursus motivasi untuk syarikat swasta, agensi kerajaan dan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Dalam bidang teater beliau adalah merupakan Presiden Majlis Teater Kebangsaan Malaysia (TEMA) bagi penggal 2000/2005. Beliau juga dilantik oleh yang Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan sebagai Panel Penasihat Untuk Persembahan di Istana Budaya dari 2000 hingga 2005.

June 26, 2008

Sinopsis Bukan Dejavu

BUKAN Dejavu berkisar disekitar diri Nora yang cemas menanti kepulangan anaknya dari melanjutkan pelajaran di New Zealand. Dalam resah rindu menanti kepulangan anak perempuannya Norma Hamim, Nora sebenarnya khuatir akan reaksi Hamima jika mengetahui realiti pekerjaannya. Dalam masa yang sama, posmen (Sulaiman ) cuba menyelamatkan Jamilah yang menjadi mangsa rogol ayah tirinya, Tahir. Jamilah pernah mengandung sebelumnya tetapi telah dikasari oleh ayah tirinya sehingga kandungannya gugur. Kandungan keduanya juga mahu digugurkan oleh ayahnya. Jamilah melarikan diri bersama adik lelakinya yang berusia enam tahun. Sulaiman telah membantu Jamilah.
Tahir adalah ketua gengster yang mengawal Kelab Karaoke Semarak Hati tempat Nora berkerja. Tahir yang mencari Jamilah mendapat khabar kononnya Jamilah menuju ke rumah Narti dan Nora pada malam kehilangannya. Tahir menghantar seorang penagih dadah untuk mendapatkan berita tentang Jamilah.
Yanto, Narti, Nora dan Pak Jamal sanggup membantu Jamilah sehingga dia selesai melahirkan anaknya. Mereka cmenyembunyikan Jamilah di rumah Nora. Yanto dan Pak Jamal begitu gembira menanti kelahiran anak Jamilah. Mereka berdua telah mensedekahkan seekor kambing sebagai aqiqah untuk anak Jamilah yang bakal lahir. Yanto meminta bantuan Parjo dan teman- temannya untuk menyembelih dan melapah kambing untuk dimasak kenduri.
Dalam kesibukan mereka membuat persiapan itu tiba-tiba muncul Norma. Nora terkejut kerana tidak menyangka anaknya tahu tempat tinggalnya malah Norma juga telah mengetahui tentang pekerjaan Nora yang sebenar. Pertikaman lidah. Norma malu kerana cerita bahawa dia adalah anak kepada seorang GRO telah tersebar luas dikalangan teman temannya diUniversiti. Egonya sebagai pemimpin tercabar.
Norma adalah presiden Islamic Student Propagation Centre, sebuah pertubuhan Dakwah pelajar pelajar Islam Antarabangsa di New Zealand. Norma telah melukakan hati Nora dengan kata-katanya yang pedas dan tajam. Mereka saling terluka. Norma meninggalkan rumah Nora menuju ke pekan bagaimanaoun terpaksa kembali semula ke rumah Narti kerana telah terlepas perkhidmatan bas terakhir.
Malam itu Nora pulang dengan hatinya yang terluka. Tanpa mengetahui bahawa anaknya Norma sedang menginap dirumah Narti, Nora telah bercerita bagaimana dia cuba untuk membunuh diri tetapi tidak tergamak. Atas rasa kecewanya itu dia hampir sahaja melafaskan perkataan anak derhaka dan tidak merelakan air susunya yang telah membesarkan anaknya itu. Nora sempat ditahan oleh Narti dan Salmi dari mengucapkan perkataan tersebut. Mendengar perbualan itu Norma benar-benar insaf dan memohon keampunan.
Jamilah pula mahu melahirkan anaknya. Tiada sesiapa pun yang berpengalaman menyambut kelahiran bayi kecuali Parjo yang merupakan seorang duda. Dia terpaksa memberikan arahan arahan verbal kepada Narti dan Salmi bagaimana mahu menyambut kelahiran bayi. Pada saat yang kritikal ini pelbagai kelucuan timbul bila Parjo cuba mengingat ingat semula bagaimana keadaan isterinya dulu melahirkan anak pertama mereka. Akhirnya anak kecil itu berjaya dilahirkan.
Dalam mereka bergembira menyambut kelahiran Jamil, Tahir telah muncul bersama dengan dua orang kawan gengsternya dan penagih dadah yang menjadi perisiknya.Tahir mengamuk lalu terjadi pergaduhan. Bagaimanakah Parjo,Narti, Salmi dan teman teman Parjo mempertahankan diri mereka dari perbuatan ganas si Tahir? Dapatkah mereka menyelamatkan Jamilah dan anaknya Jamil dari perbuatan ganas Tahir?

June 5, 2008

Rehearsal Bukan Dejavu


Aksi para pelakon semasa rehearsal Bukan Dejavu di dewan latihan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)


Norish Karman khusyuk menjiwai watak Nora



Apa lagi, dong! (Dari kiri: Shukor Yon, Juhara Ayob, Safura Yaacob, Aris Othman)

Penghayatan skrip


Ini Bukan Dejavu!! Siti Rohayah Attan (Pengarah) & Asmiera

Safura Yaacob (Ustazah Salmi) & Asmiera (Siti)

June 1, 2008

Pemegang Watak Bukan Dejavu





Juhara Ayob : Narti --------------------- Shukor Yon : Yanto




Norish Karman : Nora ------------------ Safura Yaacob: Ustazah Salmi




Jalaluddin Hassan : Tahir ----------------Eyzendy : Wan Dol




Aris Othman : Leman



Rasdi Daud : Pak Jamal


Asmiera : Siti



Mardiana Alwi: Norma

Norma & Norma (Back2Back)

Maziah: Jamilah


Jejak Idaman Bukan Dejavu

Script Reading di tempat latihan Dewan Bahasa dan Pustaka


Aksi Script Reading di DBP

Dari Kiri: Shahrul Mizad, Shukor Yon, Sapura, Yussak Kassan




Aksi Script reading : Dari Kiri (Shahrul Mizad - penolong pengarah dan Shukor Yon - Yanto)